Monrovia (Liberia) – Anjing liar menggali mayat mangsa virus Ebola yang ditanam dan memakannya. Seorang penduduk perbandaran Johnsonville berdekatan Mornrovia yang berang dengan kejadian, menyatakan kebimbangannya selepas sekumpulan anjing dilihat menggali mayat dari sebuah tanah ‘perkuburan Ebola,’ mengheretnya ke tempat awam dan memakan daging berkenaan.
Kejadian mengerikan itu berlaku selepas tiga minggu pegawai kesihatan kerajaan terpaksa mengambil ‘langkah terdesak’ untuk membasmi kadar jangkitan yang mengancam nyawa dengan menanam segera mayat berkenaan walaupun mendapat bantahan penduduk untuk menggunakan tanah mereka.
Bagaimanapun, bagi mengelak perbalahan, Kementerian Kesihatan Liberia menggali kubur pada waktu malam untuk elak sebarang konflik yang menjadikan mayat berkenaan sasaran haiwan pembangkai, kata penduduk, lapor Agensi.
0 Komentar untuk "Anjing Makan Mayat Mangsa Ebola Yang Terbiar Di Jalan Raya"