>>>>>

Anggota puak pemisah acu mesingan ke kepala wartawan

mh17 puak pemisah

SEORANG wartawan warga Australia diacukan dengan selaras mesingan dikepalanya ketika cuba meninggalkan kawasan nahas pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di timur Ukraine.

Kenderaan yang dinaiki wartawan veteran Channel Nine, Damian Ryan dan krew berita diarahkan supaya berhenti oleh seorang anggota puak pemisah pro Rusia kira-kira satu kilometer dari kawasan nahas.


 Dalam siaran di laman web Channel Nine, Ryan menyifatkan anggota puak pemisah itu sebagai ‘tidak stabil’.
“Dia mengacukan AK47 ke kepala kami kerana menjangkan kami tentera Ukraine.

“Kedengaran jeritan di kawasan nahas sebelum dia menyedari kami adalah wartawan dan mengarahkan kami meninggalkan kawasan tersebut kerana serangan sedang berlaku,” katanya.

Krew berita itu baharu saja pulang dari kawasan nahas selepas penyiasat Australia dapat memasuki kawasan tersebut pada Khamis.

“Kami akhirnya dapat keluar dari kawasan tersebut yang pada mulanya dilihat seperti selamat tetapi boleh jadi berbahaya pada hari seterusnya,” katanya, lapor mStar.
0 Komentar untuk "Anggota puak pemisah acu mesingan ke kepala wartawan"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info