>>>>>

Video Isteri Bakar Perempuan Simpanan Suami


Yunnan: Seorang wanita bertindak menyimbah petrol dan membakar perempuan simpanan suaminya sebelum cuba membunuh diri.
Suspek yang hanya dikenali dengan nama Shi menyimbah mangsa dengan petrol di luar sebuah warung kopi.
Wanita itu mendakwa mangsa memaksa dia bercerai dengan suaminya.



.

Rakaman video menunjukkan seorang wanita terbakar dengan bunyi jeritan yang sangat menakutkan. Mangsa kemudiannya rebah dan mati di tempat kejadian.
Selepas serangan itu, Shi meminum racun serangga dan mengelar tangannya dengan pisau tetapi berjaya diselamatkan dan dikejarkan ke hospital.



Menurut saksi, Shi datang berpakaian hitam dan mengekori mangsa sambil memegang baldi berisi petrol.
Shi bertanya kepada mangsa, "Adakah kamu yang menjadi wanita simpanan suami saya?"
Tanpa sempat menjawab, Shi serta merta terus menyembur serbuk lada ke muka mangsa dan menyimbah wanita itu dengan baldi berisi petrol lalu membakarnya. 
0 Komentar untuk "Video Isteri Bakar Perempuan Simpanan Suami"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info