>>>>>

Pengurus Kedai Gigit Tangan Perompak


Kuala Lumpur: Seorang pengurus sebuah kedai serbaneka terpaksa menggigit tangan seorang perompak bersenjatakan parang dalam usaha mematahkan cubaan suspek melarikan wang tunai miliknya berjumlah RM7,000.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari semalam, mangsa yang berusia 21 tahun dirompak penjenayah berhampiran kawasan Jinjang, Sentul, di sini, ketika sedang dalam perjalanan menuju ke bank berhampiran. 
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munasamy berkata, kejadian berlaku ketika mangsa mahu memasukkan wang hasil jualan kedainya selama dua hari ke dalam bank. 

Katanya, dua penjenayah yang menaiki motosikal dikatakan muncul mendadak sebelum cuba meragut beg dibawa mangsa.

“Mangsa yang ketika itu mahu masuk ke dalam keretanya cuba melawan penjenayah. Dia bertindak menggigit sekuat hati tangan suspek menyebabkan penjenayah terpaksa melepaskan beg mangsa
0 Komentar untuk "Pengurus Kedai Gigit Tangan Perompak"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info