>>>>>

PENGHORMATAN TERAKHIR BUAT PENDERMA ORGAN DI CHINA


Ini adalah gambar sedih yang diambil selepas Liang Yaoyi (11) seorang kanak-kanak yang berasal dari Shenzen meninggal dunia akibat ketumbuhan di dalam otak. Kerana ketumbuhan ini Liang Yaoyi hilang kemampuan untuk menggerakkan tubuh dan beliau menanti sahaja untuk Izrail mencabut nyawa. Ketika di hospital beliau memberitahu para doktor beliau menyimpan hasrat untuk menjadi seorang doktor. Namun beliau sedar hasrat beliau ini tidak akan kecapaian kerana beliau akan meninggal dunia.
Oleh sebab itu Liang Yaoyi berikrar selepas beliau meninggal dunia beliau mahu menderma organ beliau kepada mereka yang memerlukan. Beliau berharap ada penderma organ beliau akan memasuki universiti dan menjadi seorang doktor kelak. Inilah satu-satunya cara untuk sebahagian tubuh beliau menjadi doktor selepas beliau meninggal dunia. Selepas meninggal dunia organ beliau dikeluarkan dan sebelum dihantar ke rumah mayat para doktor yang terlibat dalam pembedahan ini memberikan penghormatan terakhir dengan tunduk kepada jasad beliau. Turut ada di dalam majlis ini ialah ibu bapa Liang Yaoyi.
Respect...........
Sumber QQ
0 Komentar untuk "PENGHORMATAN TERAKHIR BUAT PENDERMA ORGAN DI CHINA "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info