>>>>>

MH17: "Ada Kuasa Yang Melindungi Kami" - Barry Sim


MH17: "Ada Kuasa Yang Melindungi Kami" - Barry Sim I Seorang warga Scotland bersama isteri dan anaknya terselamat daripada nahas penerbangan MH17 seTELAH gagal mendapatkan tiket untuk menaiki pesawat tersebut, lapor The Telegraph.

Barry Sim, seorang pekerja syarikat minyak, sepatutnya menaiki pesawat malang berkenaan. Beliau bagaimanapun terpaksa menukar flight dari Amsterdam ke Kuala Lumpur selepas tiada tiket untuk isteri dan anaknya.

Mereka yang mengaku sangat setia dengan Malaysia Airlines dan sering terbang dengan syarikat penerbangan negara itu kemudiannya memilih menaiki pesawat syarikat penerbangan Netherlands, KLM biarpun isteri Barry mendakwa suaminya itu tidak gemar terbang dengan KLM.

Ditanya reaksinya terhadap nahas itu, Sim berkata: "Rasa kecut perut. Jantung berdebar-debar."

Isterinya, Izzy Simm pula berkata "ada kuasa yang melindungi kami dan seperti berkata 'jangan naik penerbangan itu."


Sumber
0 Komentar untuk "MH17: "Ada Kuasa Yang Melindungi Kami" - Barry Sim"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info