>>>>>

Masyarakat Taiwan Pelik Apabila Soo Wincci Berpuasa



Penyanyi Soo Wincci yang kini menetap di Tawian memberitahu tindakannya berpuasa pada bulan Ramadan kali ini dipandang sebagai sesuatu yang pelik oleh rakan-rakan berbangsa Cina di negara itu.

Bagaimanapun, Soo Wincci, 28, berkata, ia adalah salah satu perkara yang cuba ditunjukkan kepada rakan-rakannya tentang kelebihan berpuasa yang diamalkan oleh umat Islam setiap kali menjelangnya Ramadan. 

“Ini merupakan tahun ketiga saya berpuasa setiap kali bulan Ramadan, namun tahun ini saya berpuasa bersendirian di Taiwan. Ramai kawan saya bertanya tentang amalan berpuasa dan kenapa saya berpuasa?”

“Mereka semua pelik, ketika saya menunggu waktu berbuka di sebuah restoran di Taiwan, beberapa pelayan datang bertanya mengapa saya tidak makan sedangkan makanan sudah tersedia. Walhal saya sedang menunggu waktu berbuka,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp di sini, Isnin.

Tambah Wincci, cabaran berpuasa tahun ini berbeza terutamanya daripada segi masa di negara itu lebih panjang berbanding di Malaysia. Malah, katanya, jadual kerja dan penggambaran sepanjang bulan ini agak padat.
Sumber: mStar Online
0 Komentar untuk "Masyarakat Taiwan Pelik Apabila Soo Wincci Berpuasa"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info