Mangsa dikenali sebagai Wu itu bagaimanapun terselamat tetapi mengalami kecederaan parah.
Dia dan beberapa rakannya kemudian memutuskan untuk memanjat pagar tetapi malangnya lengan serta bahu kiri Wu tersangkut serta tertusuk pada pagar itu ketika cuba melompat.
WU ketika di hospital.
Wu pengsan akibat kecederaan itu dan rakannya segera menghubungi pasukan kecemasan.
Anggota bomba terpaksa menggunakan alat pemotong untuk menurunkan Wu sebelum alat pemotong hidraulik pula digunakan untuk memotong pasak pada pagar besi itu.
Akhirnya, bomba menggunakan gergaji bulat untuk membuang besi yang menusuk bahu Wu.
Keseluruhan proses mengambil masa lima minit sebelum mangsa dikejarkan ke hospital.
Wu bernasib baik kerana tulang dan organ dalamannya tidak rosak dan kini beransur pulih. - Agensi
0 Komentar untuk "Lelaki Tersangkut, Tertusuk Besi Pagar Ketika Dalam Perjalanan Pulang Ke Rumah"