>>>>>

Kanak-Kanak Afrika Berumur 9 Tahun Kahwin Wanita 62 Tahun


Seorang kanak-kanak warga Afrika, Saneie Masilela merupakan pengantin lelaki termuda di dunia apabila beliau telah berkahwin dengan seorang wanita berusia 62 tahun buat kali kedua dengan wanita yang sama.
Walaupun tindakan kanak-kanak tersebut mengundang kata-kata cacian di kalangan masyarakt, namun Saneie yang segak dengan suit tuxedo mahu mengumumkan perkahwinan mereka secara rasmi.

Jarak umur sebanyak 53 tahun tidak menghalang mereka untuk memetrai janji sehidup semati di hadapan 100 orang tetamu.

Pasangan Sanei yang dikenali sebagai Helen Shabangu adalah seorang ibu kepada 5 orang  anak dalam lingkungan umur 28 hingga 38 tahun.

Jelas Helen, anak-anaknya tidak kisah dengan perkahwinan beliau bersama kanak-kanak tersebut.

african 2
“Anak-anak saya tidak kisah jika saya berkahwin dengan Saneie dan  saya tidak mengendahkan apa yang masyarakat cakap mengenai kami.”
Perkahwinan ini menjadi nyata apabila kanak-kanak tersebut bermimpi mengenai nenek moyangnya yang menyuruh beliau untuk berkahwin pada tahun lepas.

Walaubagaimanapun, Saneie berharap agar beliau dapat mengadakan majlis perkahwinan yang lebih sempurna apabila beliau dewasa kelak.

Kedua-dua buah keluarga mendakwa, perkahwinan itu merupakan satu ritual selepas Saneie diberitahu oleh nenek moyang yang sudah mati supaya berkahwin pada tahun lalu.

Saneie bagaimanapun berkata apabila dia dewasa, dia akan mengahwini wanita yang seusia dengannya.
Menurut ibunya, ritual ini dilakukan bagi mengelak bala.

“Dengan cara ini, nenek moyang kami akan bahagia. Jika tidak tunaikan seperti yang diminta maka perkara buruk akan berlaku dalam keluarga,” katanya, lapor TRP.


Berikut adalah video sekitar perkahwinan Saneie dan Helena :

0 Komentar untuk "Kanak-Kanak Afrika Berumur 9 Tahun Kahwin Wanita 62 Tahun"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info