>>>>>

Aiskrim Kondom Timbulkan Kontrovesi Di China


Ais krim berbentuk kondom semakin popular di kalangan kanak-kanak di China. Aiskrim  yang dikenali sebagai 'Bubble Cream', telah mendapat kritikan daripada ibu bapa. Ia dibungkus dalam sarung getah dan perlu digigit pada bahagian hujung.

Kontroversi telah semakin tersebar selepas gambar kanak-kanak menikmati aiskrin di Shenyang telah di muat naik di laman microblogging oleh pengguna dengan nama keluarga Jiang.

Global Times melaporkan beliau sebagai berkata: 'Saya terkejut bahawa ia kelihatan seperti kondom.

'Saya berasa malu untuk memakannya sebagai orang dewasa, apatah lagi memberikan kepada kanak-kanak. Bagaimana mereka boleh menjual produk seperti itu kepada kanak-kanak?

Bapa kepada seorang pelajar sekolah rendah, Encik Wang, menambah: 'Saya tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kepada anak-anak saya mengapa dia tidak patut memakannya, Ia benar-benar memalukan. '
0 Komentar untuk "Aiskrim Kondom Timbulkan Kontrovesi Di China"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info