Malaysia - sebuah negara yang sinonim dengan pelbagai jenis makanan yang
lazat daripada pelbagai kaum yg hidup dengan aman damai & harmoni.
Jika seseorang mahu menulis tentang kepelbagaian jenis makanan yg
diperolehi dlm negara ini, pasti tidak akan habis. Makanan lazat yg
terdapat di Malaysia kebanyakannya terdiri daripada ikan. Ikan telah
wujud sejak 530 juta tahun dahulu & evolusi hidupan ini telah
membawa kepada sumber makanan yg divariasikan. Bacalah tentang 5 jenis
ikan termahal yg boleh didapati di Malaysia.
1. Ikan Empurau
Ini adalah ikan yg paling mahal. Sekilogram boleh mencecah sehingga
RM550. Dan ini adalah harga yg termurah yg boleh anda dapat! Namun tiada
yg mustahil kerana inilah yg dilakukan oleh pecinta ikan tawar yang
dikenali dengan nama Empurau. Empurau adalah sejenis ikan daripada
spesies Tortambroides atau dikenali juga sebagai "Wong Bu Liau" dalam
bahasa Cina. (abaikan bagaimana ia disebut). Ikan ini hanya boleh
ditemui di Sarawak & harganya mahal kerana rasanya yg sangat mani,
serta isi & teksturnya yg lembut.Apa yg membuatkan isinya begitu
lembut & harganya mahal sehingga boleh mencecah RM2000 sekilogram,
adalah kerana ia hanya memakan buah-buahan jenis "Engkabang".
2. Ikan Jelawat
Sejenis lagi ikan yg mempunyai rasa yg manis & isi yg lembut sama
seperti ikan Empurau tetapi tanda harga yg melampau mahal adalah ikan
jelawat. Ikan ini terdiri daripada spesies Leptobarbus hoevenii &
berasal daripada keluarga Barb. Isi ikan jelawat yg tergolong dlm jenis
omnivor ini sgt lembut dan rasanya agak manis & mempunyai lemak ikan
di bawah kulitnya yg mungkin disebabkan ikan ini hanya memakan
buah-buahan hutan yg gugur di sepanjang pinggir sungai. Buat masak
tempoyak mmg sodappp
3. Ikan Semah
Ikan Semah berasal daripada spesies Tor Labeobarbus, hanya boleh
didapati di perairan sungai Borneo, kerana ia tidak boleh ditemui di
kawasan lain selain daripada habitat asalnya. Ikan Semah adalah haiwan
omnivor tetapi lebih cenderung memakan tumbuh-tumbuhan. Habitat asal
ikan ini telah dicemari dengan aktiviti pertanian, pertanian, pembalakan
& penangkapan ikan secara berleluasa. Oleh kerana teksturnya yg
berbeza dgn ikan air tawar yg lain & juga kerana ia sgt ekslusif,
harga sekilogram ikan semah boleh mencecah sehingga RM300.
4. Ikan Tengadak
Bagi anda yg menginginkan sesuatu hidangan yg lazat, apa kata anda cuba
ikan tengadak, sejenis ikan yg boleh didapati di perairan Borneo. Harga
sekilogram ikan ini adalah RM250. Ikan ini mempunyai bentuk tulang halus
berbentuk "Y" tetapi rasanya sangat manis & sedapserta isinya yg
amat lembut menjadikannya terkenal di kalangan mereka yg menggemari ikan
segar berkualiti tinggi dengan harga yg berpatutan.
5. Ikan Ketutu
"Marble Goby Fish" atau "Soon Hock" yg juga dikenali dengan nama ikan
ketutu dalam bahasa melayu merupakan antara spesies terbesar dalam
keluarga ikan gobi. Ia berasal daripada spesies Oxyeleotris Marmoratus
dan habitat semulajadinya adalah di perairan air paya, terusan &
tasik. Seperti biasa, ikan yg mahal memiliki tekstur halus & lembut
serta rasanya yg amat manis. Ikan ketutu boleh didapati dengan harga
RM100 sekilogram & ianya terdiri di tangga yg ke-5 ikan termahal di
Malaysia.
Jenis Ikan & harga sekilogram:
- Ikan Empurau - RM550
- Ikan Jelawat - RM320
- Ikan Semah - RM250
- Ikan Tengadak - RM250
- Ikan Ketutu - RM100
0 Komentar untuk "Inilah 5 Jenis Ikan Termahal Di Malaysia"