>>>>>

Di Sekolah Ini Murid Di Ajar Mata Pelajaran Tenggelam

Pada hari Isnin (9/6) sekitar 70 murid sekolah di bandar Yanshi Shouyang yang berada di Wilayah Henan mendapat sedikit 'kejutan' apabila sebuah kegiatan baru muncul di kegiatan rutin mereka di sekolah. Sekolah mereka berada di dekat sungai pun membuat para guru memutuskan untuk memberikan sedikit pelajaran yang tidak biasa sebagai sebahagian daripada keselamatan personal.
Bagaimana mereka melatih murid-muridnya? Caranya adalah dengan mengadakan "pelajaran anti tenggelam" secara percuma! Tetapi, bukannya langsung dibawa ke sungai untuk berlatih dengan air atau berenang, sekolah menyuruh mereka berbaris dalam barisan dan menenggelamkan wajah mereka dalam besen berisi air sejuk.

Dilihat dari foto-fotonya, kanak-kanak ini kelihatan bersemangat dengan mata pelajaran ini. Terbukti dengan banyaknya kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam acara ini. Melatih kanak-kanak dengan bekal seperti ini memang bagus, apalagi anak-anak terdedah dengan kegiatan berbahaya, apalagi yang berkaitan dengan air.

Akan tetapi mungkin sekolah perlu menyediakan kemudahan yang lebih mencukupi, lebih dari hanya sekadar mencelupkan wajah ke dalam air, seperti teknik berenang.
0 Komentar untuk "Di Sekolah Ini Murid Di Ajar Mata Pelajaran Tenggelam"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info