Ceritanya, dulu bangunan shopping mall ini punyai ketinggian 11 tingkat.
Tetapi pada tahun 1997, 7 tingkat atas bangunan ini terpaksa dirobohkan
atas sebab undang-undang tidak membenarkan mana-mana bangunan tinggi
melebihi 4 tingat hanya kerana ada istana di kawasan tersebut.
Pada tahun 1999 pula, berlaku kebakaran yang mengakibatkan kematian. Dan
sejak dari itu, bangunan itu dibiarkan begitu sahaja tanpa bumbung.
Hujan turun hari demi hari dan mengakibatkan air bertakung dan di
bahagian ground floor pula menjadi kolam. Kesannya? 2003-2004 nyamuk
membiak dengan bermaharajalela di kawasan itu dan menyebabkan
ketidakselesaan pada penduduk sekitar.
Bagi mengatasi masalah berkenaan, penduduk sekitar meletak beberapa ekor
ikan dalam kolam itu untuk mengawal pembiakan nyamuk. Hasilnya?
Berkesan!
Sejak dari itu, ikan-ikan mula membiak. Namun kisah kolam ini hanya
diketahui oleh penduduk kawasan itu sahaja. Entah bagaimana ia boleh
tersebar di Facebook.
Semenjak perkhabaran mengenai kolam itu tersebar di laman sosial, ramai
orang luar datang dan hal ini sampai ke pengetahuan pihak berkuasa
tempatan.
Pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup kawasan terbabit atas faktor keselamatan. -
0 Komentar untuk " 6 Gambar Pusat Membeli Belah Terbiar Jadi Kolam Ikan "