>>>>>

Tangisan Dari Dalam Beg Bongkar Rahsia

suitcasegf1

Beijing – Seorang lelaki di Liaoning ditahan kerana menyumbat teman wanitanya ke dalam bagasi dan membawa mangsa pulang ke rumahnya selepas kekasihnya itu cuba memutuskan hubungan mereka.

Menurut sumber, lelaki dikenali sebagai Wang itu mengikat teman wanitanya Mu dan menyumbat wanita itu ke dalam beg berkenaan di Xi’an sebelum membawanya pulang ke rumahnya di Liaoning.

“Dia bagaimanapun ditahan polis sebaik tiba di Liaoning hasil maklumat diberikan dua pemandu yang diupah Wang untuk membawanya pulang.

“Pemandu berkenaan melaporkan terdengar bunyi seperti tangisan dari dalam beg berkenaan sebelum melihat seorang wanita di dalamnya,” katanya.

Mereka cuba memujuk Wang membebaskan Mu sebelum menghubungi polis.


Imej dirakamkan CCTV menunjukkan Wang dan Mu mendaftar masuk ke sebuah hotel pada jam 10 pagi.
Wang kemudian dilihat meninggalkan hotel itu dalam keadaan resah pada jam 3 petang malah keluar dari pintu sisi bangunan berkenaan sambil mengheret sebuah beg besar.

Polis menerima panggilan daripada pemandu terbabit sekitar jam 11 malam.

Wang memberitahu polis Mu kekasihnya dan tidak dapat menerima apabila wanita berkenan meminta memutuskan hubungan.

Sebaliknya, dia memujuk Mu dengan berjanji menjaganya dengan baik jika mengikutnya pulang ke Liaoning selain mahu mengupah pembantu rumah untuknya, lapor Agensi.
0 Komentar untuk "Tangisan Dari Dalam Beg Bongkar Rahsia "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info