Chile yang tidak pernah menewaskan Sepanyol dalam 10 pertemuan sebelum ini memulakan perlawanan dengan lebih agresif dan mendahului hasil jaringan Eduardo Vargas pada minit ke 20.
Masuk babak kedua, Sepanyol cuba mencari peluang untuk merapatkan kedudukan namun Chile berjaya mengekang asakan bertalu-talu jentera serangan La Furia Roja.
Keputusan ini bermakna Belanda dan Chile menjadi dua pasukan terawal melangkah ke pusingan kalah mati.
Sepanyol pula menjadi juara bertahan ketiga gagal layak ke pusingan seterusnya selepas Perancis pada 2002 dan Itali (2010).
SPAIN: Iker Casillas, Cesar Azpilicueta, Jordi Alba, Sergio Ramos, Javi Martinez, Sergio Busquets, Xabi Alonso, Andres Iniesta, David Silva, Pedro Rodriguez, Diego Costa.
CHILE: Claudio Bravo, Mauricio Isla, Eugenio Mena, Gary Medel, Gonzalo Jara, Charles Aranguiz, Marcelo Diaz, Arturo Vidal, Jorge Valdivia, Alexis Sanchez, Eduardo Vargas.
PENGADIL: Mark Geiger (USA)
0 Komentar untuk "Sepanyol Tersingkir,Belanda Dan Chile Pasukan Terawal Melangkah Kepusingan Kalah Mati"