Punca kes Airasia halau atau halang wanita mengandung naik pesawat. Pada 22 Jun 2014, telah tersebar insiden mengenai nasib pasangan suami isteri dan seorang anak kecil dilarang untuk menaiki pesawat AK6220 dari KLIA2 ke Kuala Terengganu. Mangsa yang merupakan ibu sedang hamil bersama suami dan seorang anak kecil bergegas pulang dari Seoul Korea menuju ke Malaysia untuk melihat jenazah bapanya buat kali terakhir di Terengganu.
Perjalanan dari Seoul Korea ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat MAS telah berjalan dengan lancar namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila menaiki pesawat Airasia AK6220 (KLIA2-Kuala Terengganu).
Larangan untuk wanita hamil tidak dibenarkan menaiki pesawat Air Asia itu dibuat atas arahan Kapten pesawat AK6220 iaitu Kapten Aharon Yarir Bin Ahmad. Menurut kapten tersebut, wanita sarat mengandung 7 bulan tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat kerana bimbang isu keselamatan dan kesihatan wanita terbabit melainkan ada surat kebenaran dari doktor.
Justeru, mangsa bersama suami terkandas dan tidak sempat menatap wajah bapanya buat kali terakhir, lapor Melvister.sumber
0 Komentar untuk "Punca Sebenar AirAsia Larang Wanita Hamil Naik Pesawat"