>>>>>

Kejam: Video Gadis Dirogol, Dibunuh Dan Mayat Digantung Pada Pokok


Selpas dirogol secara bergilir-gilir wanita ini dibunuh dan mayatnya digantung pada pokok,
Polis Pakistan berkata, Muzammil Bibi, berusia 21 tahun , diserang 3 lelaki di sebuah ladang di kawasan Layyah di wilayah Punjab.

Seorang daripada mereka, teman lelakinya yang dikenalinya enam bulan lalu Muhammad Saqib, mengaku merogol dan membunuhnya.

Saqib dikatakan cuba memaksa Muzammil, anak pasangan suami isteri yang buta, melakukan seks dengan dua rakannya.Apabila mangsa enggan, mereka bergaduh.

Kejadian dikatakan berlaku Khamis lalu, tetapi dilapor kepada polis keesokannya selepas penduduk tempatan menemui mayat mangsa tergantung pada pokok.

Jurucakap polis, Ghazi Salahudin berkata, Muzammil, anak sulung daripada lapan beradik digantung selepas diperkosa supaya dia dilihat seperti membunuh diri.

Menurut polis, Saqib berkenalan dengan mangsa enam bulan lalu selepas mengunjungi rumahnya selaku pembantu pemborong sayur.

Sehari sebelum pembunuhan itu, Saqib membawa Muzammil ke kedai tempat dia bekerja.

Dia membawanya ke atas loteng bangunan kedai itu, tempat dua rakannya menunggu.
Apabila Saqib memujuknya supaya mengadakan seks dengan ketiga-tiga mereka, Muzammil melawan.

Mangsa kemudian dirogol secara bergilir-gilir sebelum dibunuh.- Agensi

 (Sumber: Daily Mail)
0 Komentar untuk "Kejam: Video Gadis Dirogol, Dibunuh Dan Mayat Digantung Pada Pokok"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info