>>>>>

Lelaki Bogel Kerana Sakit Timbulakan Kerisauan Di, pekan Bau, Sarawak



Kehadiran lelaki bogel di sekitar pekan Bau dekat sini menimbul rasa kurang senang dan resah penduduk sekitar terutama dalam kalangan kaum wanita.

Lelaki itu dikatakan sering merayau-rayau di pekan Bau, Kampung Krokong dan kampung- kampung berdekatan dalam keadaan tanpa seurat benang.

Menurut seorang peniaga kecil-kecilan Haryati Abdullah, lelaki berkenaan tidak seperti orang gila kerana sering dilihat berada di stesen minyak, membuat pelbagai kerja malah memandu dalam keadaan bogel.

“Pada mulanya saya ingatkan dia orang gila, tetapi jika dia orang gila, mana mungkin dia boleh memandu kereta sendiri. Saya pernah bertanya dengan penduduk setempat berkaitan dengan lelaki itu.

“Rata-rata mereka memberitahu dia tidak gila tetapi tidak boleh memakai baju atau seluar disebabkan sakit,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Haryati yang berasal dari Sarikei menambah, masalah itu bukan berlaku sehari dua tetapi sejak beberapa tahun lalu, namun tiada tindakan sewajarnya diambil pihak bertanggungjawab.

“Mungkin bagi penduduk setempat kehadiran lelaki berkenaan di khalayak ramai menjadi perkara biasa tetapi tidak bagi saya dan juga penduduk luar. Memang amat memalukan bagi kaum wanita lebih-lebih lagi yang beragama Islam,” ujarnya.

Justeru, beliau mahu pihak berwajib terutama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis menangani segera masalah itu kerana ia sudah terlalu lama berlaku demi keselamatan serta keselesaan kaum wanita di situ.

Sehubungan itu, katanya, beliau telah menulis surat kepada Menteri Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah agar mengambil tindakan segera.

“Malaysia mempunyai undang- undang, jika lelaki itu betul-betul gila atau sakit, diharap ahli keluarganya atau pihak berwajib menghantarnya ke hospital bukan membiarkannya merayau-rayau,” katanya.

SUMBER:- Utusan Borneo
0 Komentar untuk "Lelaki Bogel Kerana Sakit Timbulakan Kerisauan Di, pekan Bau, Sarawak "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info