>>>>>

Lelaki Bergaduh Sampai Mati Demi Semangkuk Bihun RM2.60

Hubei (China): Seorang lelaki ditahan selepas menikam mangsa hingga mati,  sebelum mengelar leher dan merobek dada untuk mengeluar jantung mangsa.
Lelaki berkenaan dikatakan turut menggigit organ itu selepas mencabutnya dari tubuh mangsa.
“Kejadian berdarah dan menakutkan itu berlaku di tepi jalan dan ia berpunca daripada pergaduhan demi semangkuk bihun berharga 5 RMB (RM2.60),” kata saksi.
Orang ramai berkumpul untuk menyaksikan perbuatan kejam itu, namun tidak seorang pun berani menghentikan perbuatan lelaki berkenaan. 


Menurut saksi, suspek tidak melarikan diri selepas melakukan kekejaman berkenaan, sebaliknya merayau-rayau di lokasi kejadian dan duduk sambil memegang jantung mangsa. 
Kira-kira 40 minit kemudian, polis tiba dan menahan suspek.
Penduduk tempatan menyifatkan serangan itu sebagai ‘tidak masuk akal’ dan mengaku ketakutan kerana ia berlaku berhampiran kediaman mereka. 
“Kami tidak berasa selamat sekarang,” kata seorang penduduk di situ. - Agensi
0 Komentar untuk "Lelaki Bergaduh Sampai Mati Demi Semangkuk Bihun RM2.60"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info