>>>>>

Lelaki Berang Minta Nombor Telefon Tak Dapat,Gadis Di Pukul Hingga Mati



Kejadian berlaku di restoran McDonalds pada 28 Mei lepas di Zhaoyuan, daerah Shandong.
Wu yg sedang menikmati hidangan dihampiri seorang lelaki, Zhang yg juga berada di restoran sama bersama rakan-rakannya dan memintanya nombor telefon untuk berkenalan.

Dan mungkin kerana Wu menggunakan bahasa kurang sopan, atau Zhang yg tidak dapat menerima kenyataan malu di hadapan rakan-rakannya, berlaku pertengkaran antara mereka berdua.
Tolak menolak berlaku sebelum Zhang disertai rakan-rakannya yg lain bertindak memukul Wu beramai-ramai.



Menurut saksi, Zhang menendang kepala Wu ketika mangsa terbaring di atas lantai sebelum mereka memukulnya menggunakan batang besi.
Pelanggan yg lain diberi amaran akan turut dipukul jika masuk campur urusan.
Seorang suspek yg memukul dilaporkan menjerit 'kalau aku dah bunuh kau, di kehidupan akan datang pun kau tak mungkin hidup balik'
Kesemua suspek berjaya ditahan dan seorang dari mereka di bawah umur.sumber
0 Komentar untuk "Lelaki Berang Minta Nombor Telefon Tak Dapat,Gadis Di Pukul Hingga Mati"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info