>>>>>

Kejam..!!.Wanita Dirogol Beramai-Ramai Dan Di Paksa Minum Asid

Rogol bunuh

BAREILLY – India dikejutkan lagi dengan kes rogol dan bunuh dengan mangsa terbaru melibatkan seorang wanita berusia 22 tahun. Mangsa bukan sahaja dirogol beramai-ramai, malah lebih kejam dia dicekik dan asid dicurahkan ke mukanya bagi mengelakkan identitinya dikenal pasti.

Kejadian menakutkan dan kejam ini terbongkar selepas mayatnya yang dibuang di satu kawasan lapang di Aithpura, ditemui orang ramai.

Polis kini sedang mengesan identiti mangsa.

Manakala bedah siasat yang dijalankan semalam menunjukkan wanita itu dirogol, dipaksa minum asid dan dicekik. Wajahnya rosak teruk akibat kesan asid.

Ia berlaku kira-kira 60 batu dari kawasan di mana dua beradik dirogol dan mayat mereka digantung di pokok, minggu lepas.

Kejadian itu mengakibatkan penduduk mengadakan protes bagi menuntut polis mengambil tindakan segera, memetik Mynewshub.
0 Komentar untuk "Kejam..!!.Wanita Dirogol Beramai-Ramai Dan Di Paksa Minum Asid"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info