>>>>>

Guru Wanita Melecur Disiram Air Panas



BALIK PULAU – Seorang guru wanita melecur di beberapa anggota badan selepas disiram air panas oleh abangnya sendiri dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bayan Lepas, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi tadi, mangsa yang berusia 31 tahun berada di rumahnya sebelum didatangi abangnya itu yang kemudian meminta dia memberikan wang.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, suspek yang juga seorang penagih dadah meminta RM50 kepada adiknya itu namun mangsa enggan memberikannya wang terbabit.
“Abangnya yang berang kemudian merampas telefon bimbit adiknya itu sebelum dia mencurahkan air panas ke badan mangsa.
“Suspek kemudian melarikan diri namun polis berjaya menahan lelaki berusia 35 terbabit di rumahnya di Sungai Tiram,” katanya.
Menurutnya, ujian air kencing mendapati suspek positif syabu dan dia kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan, lapor Hmetro.sumber
0 Komentar untuk "Guru Wanita Melecur Disiram Air Panas"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info