>>>>>

Erma Fatima Restu Bade Kahwin Lagi



Jumaat lalu, ramai yang terkejut dengan berita perkahwinan kedua suami kepada Erma Fatima dan sebenarnya ternanti nanti apakah reaksi penerbit drama popular tentang berita perkahwinan suaminya, Bade yang dikhabarkan berlangsung di negara jiran.

Dalam kenyataan kepada Pancaindera keluaran Utusan Malaysia, Erma Fatima menjelaskan yang beliau tahu akan perkahwinan yang berlangsung dan merestui hubungan baru suaminya itu selain tidak mahu menghalang kebahagian orang yang disayangi.

“Saya restu dan saya izinkan. Saya tidak boleh menghalang orang yang saya sayang untuk mendapatkan kebahagiaan itu. Kasih sayang itu ‘kan soal hati, tiada kuasa pada manusia untuk menghalangnya. Setiap manusia berhak mendapatkan kebahagiaan sendiri”

“Selama perkahwinan kami, Bade merupakan seorang lelaki yang baik, juga seorang ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anak. Malah saya cukup bersyukur untuk mengetahui siapa saya sekarang adalah kerana dia”

“Saya minta jangan sensasikan lagi kisah perkahwinan Bade ini. Jujur saya katakan Bade berhak dan mampu untuk berkahwin lagi. Jadi saya minta semua orang di luar sana mendoakan kebahagiaan dia dan isterinya itu,” jelas Erma Fatima.

Harapnya dengan penjelasan Erma Fatima ini, semua boleh mendoakan kebahagian Bade dan isteri barunya juga Erma Fatima sekeluarga. Tidak terlewat rasanya untuk kami ucapkan tahniah dan juga selamat pengantin baru buat Bade. (rotikaya)
0 Komentar untuk "Erma Fatima Restu Bade Kahwin Lagi "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info