>>>>>

Tiz Zaqyah Akui Imej Rambut Merah Lebih Tonjol Dirinya Yang Sebenar




Awal bulan lalu, nama pelakon cantik ini kecoh diperkatakan di laman sosial dek kerana perubahan drastik yang dilakukan terhadap rambutnya.
Tampil berani dengan imej rambut merah, para peminat dilihat saling bertelagah di laman Instagram Tiz Zaqyah mengenai perkara tersebut.

Terkini, ketika ditemubual di sidang media drama Kusinero Cinta, Tiz memberitahu bahawa dia kini selesa dengan imej barunya itu dan mahu menjadi dirinya sendiri.



Tiz Zaqyah mahu jadi dirinya sendiri
“Pengalaman mengajar saya tentang penerimaan peminat. Mungkin dulu saya mempunyai persepsi yang salah yang pelakon tak boleh buat itu dan ini. Tapi sebenarnya tak pun. Peminat sebenarnya tetap terima.
Just be yourself. Ramai orang cakap Tiz sekarang macam santai sangat, tak ada aura artis. Yes, because I am a normal person. Jadi, tak boleh harap saya untuk jadi contoh kepada semua orang.”
Ditanya mengenai hubungan percintaan dengan kekasihnya, Tiz juga memberitahu bahawa dia kini lebih bersikap terbuka untuk berkongsi kisah kehidupannya di laman sosial.
“Saya cuma nak kongsi dengan kawan-kawan dan peminat dan saya rasa selesa sebab saya tak perlu menyorok berbanding dulu bila orang bertanya dan saya sering menidakkan.
Bila dah terbuka macamni lagi senang dan sebagai seorang wanita memang wujud naluri untuk berkahwin. Kalau ada nanti akan diberitahu. Tapi bukanlah dalam tahun ini sebab takkan sempat nak buat persiapan.”


Tiz Zaqyah rancang program berfaedah untuk remaja menerusi KLCalling

Tiz juga memberitahu bahawa dia kini sedang merancang beberapa aktiviti baru untuk syarikatnya, KlCalling yang ditubuhkan untuk membangkitkan kesedaran kepada remaja supaya menjadi lebih positif dan aktif.
“Saya nak banyakkan aktiviti-aktiviti berfaedah untuk remaja. Mungkin ramai orang ingat benda ini buang masa, tapi sebenarnya boleh diubah suai menjadi perkara yang baik.
Daripada melepak, baik ajak orang ramai, terutamanya remaja buat perkara-perkara macam ini. Malah sebahagian daripada hasil pembelian t-shirt juga disalurkan kepada badan kebajikan.”
 



Aaron Aziz, Tiz Zaqyah dan Jericho Rosales bakal bergandingam dalam Kusinero Cinta

Beralih kepada soal kerjaya pula, Tiz bakal muncul sebagai heroin dalam drama ‘Kusinero Cinta’ yang mula ditayangkan pada 26 Mei setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam di Mustika HD (saluran 134).

 lagi banyak gambar disini
0 Komentar untuk "Tiz Zaqyah Akui Imej Rambut Merah Lebih Tonjol Dirinya Yang Sebenar"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info