Persoalan ini timbul SAH atau TIDAK kerana jika gelaran DATUK ini
diiktiraf ia seperti menggambarkan kuasa YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA
telah diambil untuk menganugerahkan gelaran ini sebab apa yang diketahui
untuk menganugerahkan gelaran ini hanyalah YANG DIPERTUA NEGERI sahaja
yang layak.
Berdasarkan keratan UTUSAN MALAYSIA 30/05/2011 sebarang anugerah yang
datang dari negeri MELAKA hanyalah YANG DIPERTUA NEGERI sahaja yang
layak memberinya.
JIka diiktiraf anugerah ini ia seperti ada kerajaan dalam kerajaan dalam
negeri MELAKA.. di harap Ketua Menteri Melaka yang baru dapat
mengeluarkan kenyataan berkenaan penganugerahan ini kerana kita tak mahu
anugerah DATUK ini ibarat anugerah yang boleh diperolehi di "kaki lima"
sahaja..sumber
0 Komentar untuk "SAH atau TIDAK gelaran DATUK yang dianugerahkan KERAJAAN NANING kepada artis Malaysia..?? "