>>>>>

Harta Karun: Dua Medal Tembaga Ditemui Di Pulau Nangka


MELAKA - Dua keping 'medal' tembaga dipercayai daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka ditemui dalam pencarian harta zaman kesultanan itu oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd di Pulau Nangka dekat sini, malam tadi.

Exco Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek Melaka Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata 'medal' itu ditemui pada pukul 11.30 malam tadi, bagaimanapun kesahihan artifak itu masih belum dapat dipastikan buat masa ini.

"Saya bersama pasukan saya akan pergi ke pulau itu petang ini untuk melihat sendiri medal itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ditanya sama ada kontrak pencarian selama empat bulan diperoleh syarikat itu yang tamat pada pukul 12 malam tadi akan dilanjutkan selepas penemuan tersebut,  beliau berkata perkara itu akan ditentukan selepas segala urusan berkenaan penemuan medal itu selesai.

"Kita tengok sama ada benarkan syarikat itu teruskan atau tidak, pencarian syarikat itu tidak akan ganggu usaha pencarian syarikat kedua kerana lokasi pencarian dua syarikat ini berbeza," katanya. - Bernama

0 Komentar untuk "Harta Karun: Dua Medal Tembaga Ditemui Di Pulau Nangka"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info