>>>>>

Gambar Pembantu Pengadil Bola Sepak Wanita Yang Cantik Jadi Sensasi Di Internet

Seorang gadis jelita di Brazil menjadi sensasi di internet kerana kerjayanya sebagai seorang pembantu pengadil bola sepak. Gadis itu, Fernanda Colombo Uliyana, 25, menjadi topik perbualan di internet selepas beberapa stesen televisyen tempatan menyiarkan dia beraksi di padang dalam satu perlawanan piala Copa do Brasil baru-baru ini.
Gadis jelita itu dilaporkan sekali lagi membantu pengadil pada perlawanan pembukaan kumpulan A antara pasukan Atletico Mineiro dan Cruzeiro di Brazil kelmarin.

Fernanda Colombo Uliyana Ref 2

Menurut Uliana yang bekerja sebagai jurulatih kecergasan peribadi, dia berasa teruja untuk meneruskan kerjaya dalam bidang pengadilan bola sepak ke peringkat lebih tinggi.

Fernanda Colombo Uliyana Ref 1
“Pencapaian ini merupakan hasil komitmen dan dedikasi saya dalam bidang pengadilan bola sepak,” katanya dalam satu temu bual bersama media antarabangsa, lapor Kosmo!.
0 Komentar untuk "Gambar Pembantu Pengadil Bola Sepak Wanita Yang Cantik Jadi Sensasi Di Internet"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info