>>>>>

[Video] Anak Sanggup Tendang Ibunya Sendiri Dalam Program TV

Video Anak Kurang Ajar Sanggup Tendang Ibu Dalam Program TV
Video Anak Kurang Ajar Sanggup Tendang Ibu Dalam Program TV



LUBNAN – Seorang anak bersikap sangat kurang ajar kerana sanggup menendang ibunya sendiri dalam sebuah program televisyen (TV) di hadapan penonton yang bermatlamat menyatukan kedua-dua beranak itu.


Kejadian mengejutkan itu berlaku apabila Ahmed, 15, bersemuka dengan ibunya yang sudah tujuh tahun tidak berjumpa, dalam program Bil Akeed.

Ahmed sebelum ini enggan bertemu dengan ibunya, yang telah bercerai dengan bapanya.

Ketika pengacara cuba mencari jawapan kepada perpisahan berkenaan, wanita itu memberitahu bahawa dia bercerai dengan suaminya kerana lelaki itu kaki pukul.

“Malah dalam mahkamah juga dia menyerang saya, di hadapan hakim,’’ kata wanita tersebut.

Ahmed kemudiannya mula menjadi marah dengan kenyataan bapanya dan bertindak mempertahankan bapanya.

Keadaan ini menyebabkan ibunya menganggap Ahmed sebagai remaja yang `mabuk’.

Ia menyebabkan Ahmed mengamuk lalu naik ke atas meja dan menendang ibunya. Dia bagaimanapun telah ditarik dengan segera oleh kakitangan produksi.

Pada akhir program berkenaan, pengacara. Zaven Kouyoumdjian memberitahu bahawa dia akan menyelesaikan isu tersebut.

Namun program itu dikecam hebat dalam media sosial.
0 Komentar untuk "[Video] Anak Sanggup Tendang Ibunya Sendiri Dalam Program TV"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info