“Polis memaklumkan kepada mahkamah bahawa dakwaan terhadap Musa dalam kes menyerang polis dan pegawai syarikat gas adalah satu kesilapan," kata peguam bela, Irfan Sadiq.
Awal bulan lalu, bayi itu bersama lebih
30 defendan lain termasuk 12 ahli keluarganya dihadapkan ke mahkamah
atas dakwaan cuba membunuh seorang pegawai polis dalam satu pergaduhan
di kawasan perumahan di timur bandar ini.
Kejadian itu berlaku apabila sekumpulan
anggota polis dan pegawai syarikat gas bertengkar dengan kesemua
defendan berhubung pembayaran bil gas yang masih tertunggak. Datuk bayi
itu, Muhammad Yasin sebelum ini pernah berkata, Musa terlalu kecil untuk
didakwa.
“Dia masih tidak dapat memegang botol susu dengan betul, bagaimana dia boleh melontar sebutir batu? katanya kepada sekumpulan wartawan.
Pegawai polis, Inspektor Kashif Muhammad
yang berada di lokasi ketika kejadian itu berlaku dan memfailkan
pertuduhan ke atas bayi tersebut juga telah digantung tugas. Keputusan
mahkamah itu dibuat selepas pertuduhan tersebut dilihat sama sekali
bercanggah dengan had umur minimum bagi sabitan jenayah iaitu dari umur
tujuh dan 12 tahun melainkan bagi kes keganasan.
Bagaimanapun, semua defendan lain
termasuk ahli keluarga Musa masih berdepan pertuduhan sama. Kes bayi itu
menarik perhatian apabila Musa dirakam menangis di mahkamah awal bulan
ini ketika cap jarinya diambil. -AFP-utusan-
0 Komentar untuk "Mahkamah Pakistan Menggugurkan Dakwaan Kes Cubaan Membunuh Ke Atas Bayi 9 Bulan"