| BELUM pun lokasi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 ataupun kotak
hitamnya ditemui, buku berkaitan mengenai kejadian itu sudah pun siap
untuk diterbitkan dan dikesan dipamerkan di satu program Pesta Buku di
London.
Buku yang berada dalam pesta buku London karangan Nigel Cawthorne |
Menurut laporan laman web The Rakyat Post, buku itu ditulis oleh penulis fiksyen dan wartawan Nigel Cawthorne. Buku itu dijadualkan akan dilancarkan pada 15 Mei depan.
Gambar buku terbitan Blake Publishing berkenaan kini tersebar di laman
sosial di seluruh dunia. Ketika pasukan penyiasat dari pelbagai negara
sedang cuba mencari
jawapan kepada misteri kehilangan pesawat itu pada 8 Mac lepas, peminat
buku antarabangsa kini tertanya-tanya apakah kandungan utama di dalam
buku tulisan Cawthorne itu.
Menurut butiran penulisnya, beliau turut pernah menyumbangkan karya
tulisannya kepada syarikat penerbitan Britain antaranya The Guardian,
The Daily Telegraph dan The Daily Mail.
Cawthorne turut dikenali dengan beberapa buah buku berkaitan seks
antaranya Sex Lives Of The Pope, Sex Lives Of The Famous Lesbians dan Sex Lives Of The Roman Emperors.
Dia turut pernah menulis buku bertajuk Antics Of Old England dan Sex
Secret Of Old England. Menurut laman web pendaftaran buku United
Kingdom, buku MH370, The Mystery itu diterbitkan dengan ketebalan 288 mukasurat.
“Penulis dan wartawan berpengalaman Nigel Cawthorne telah
membuat penyelidikan kejadian MH370 dengan menyeluruh dan terperinci,
bakal mendedahkan penjelasan di sebalik misteri yang membuatkan seluruh
dunia tertanya-tanya,” menurut sinopsis buku itu.
Pesawat itu hilang dari radar pada 8 Mac lepas ketika dalam
penerbangan ke Beijing, China dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA). Pada hari kejadian, pesawat itu membawa bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Sumber: Mynewshub
0 Komentar untuk " Buku Berkenaan MH370 Sudah Siap Meskipun Pesawat Berkenaan Belum Di Jumpa"