>>>>>

Bayi Lahir 2 Kepala Di India Akhirnya Meninggal Dunia


India – Pasangan bayi kembar siam yang dilahirkan dengan dua kepala, akhirnya meninggal dunia tanpa sempat menatap wajah ibu tersayang.

Apa yang tragiknya, ibu bayi berkenaan, Urmila Sharma, 28, memutuskan untuk tidak melihat bayi itu yang dilahirkan menerusi pembedahan kerana tidak dapat menerima kehadirannya.

Selain mempunyai dua kepala, bayi tersebut juga memiliki dua leher, dua tulang bekalang namun hanya mempunyai masing-masing satu jantung, perut dan paru-paru.

Menurut bapanya, Subash, 32, berita kematian bayinya itu tidak mengejutkan mereka sekeluarga kerana mereka masih terkejut selepas isterinya melahirkan bayi tersebut.

Urmila hanya mengetahui mengenai keadaan bayinya itu ketika bayi itu dilahirkan. Mereka sebelum itu tidak membuat pemeriksaan doktor kerana miskin dan tidak mempunyai wang untuk ke hospital.

“Mereka adalah anak istimewa namun Tuhan lebih sayangkan mereka. Malah mereka boleh hidup selama 20 hari juga adalah satu keajaiban,’’ kata Subash.

Menurutnya, Urmila tidak dapat menerima hakikat bahawa bayi perempuan itu berkenaan semikian dan menjadi emosi serta sering menangis.

“Ia amat menyakitkan bagi isteri saya. Kini bayi itu telah bebas dan saya sendiri mengebumikan mereka,’’ katanya.

Dalam pada itu, Dr Shikha Malik yang menyambut kelahiran bayi berkenaan berkenaan apabila salah seorang tidur, seorang lagi bayi akan menangis, lapor Mynewshub.

Namun bayi berkenaan meninggal dunia selepas jantungnya semakin lemah.

“Mereka mengalami masalah pernafasan ketika dilahirkan dan meninggal dunia akibat kegagalan jantung,’’ katanya.
0 Komentar untuk "Bayi Lahir 2 Kepala Di India Akhirnya Meninggal Dunia"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info