28 Mac – Penceramah bebas, Ustaz Azhar
Idrus mempertahankan tindakan ‘Raja Bomoh’ Datuk Mahaguru Ibrahim Mat
Zin d dan menyelar pihak-pihak yang menghukum tindakan itu sebagai
syirik dan murtad.
Menurutnya yang lebih dikenali Ustaz
Azhar, bomoh atau lebih dikenali sebagai pengamal perubatan traditional
tidak semua tindakan itu boleh di anggap haram kerana ada sebahagian
daripadanya merupakan sunah nabi Muhammad saw.
“Bomoh (ini) bukan makna syirik. Bomoh
bermakna pengamal perubatan tradisional, adakala syirik adakala tak.
Kalau dia baca ayat al-Quran tiup di air, suruh mandi (itu pun
dikategorikan sebagai) tok bomoh juga, orang tak panggil doktor betul
tak?
“Dah haram tak buat macam tu? Sunnah
nabi (saw), baca ayat al-Quran baca Al-Fatihah tiup di air, faham?” soal
beliau ketika menjawab pertanyaan yang dibangkitkan.
Tindakan Ibrahim yang melakukan ‘ritual’
sebelum ini mendapat kritikan hebat dari masyarakat kerana dianggap
telah memalukan negara. Ekoran daripada itu, ramai yang melabelkan
tindakan tersebut melanggar hukum yang ditetapkan oleh agama.
Selain, Jabatan Agama Islam Selangor
(JAIS), Mufti Perak, Tan Sri Harussani bin Haji Zakaria turut
menyifatkan ‘ritual’ Raja Bomoh itu sebagai syirik dan khurafat dan
bertentangan dengan ajaran Islam.
Ustaz Azhar turut menjelaskan, sekiranya
bacaan dan bahasa yang digunakan tidak difahami, barulah ia boleh
dianggap syirik dan khurafat.
“Baca yang pelik-pelik, baru tak boleh! Faham? Jangan gaduh nak tuduh orang syirik” ujar beliau lagi.
Walau bagaimanapun, beliau turut mengakui ritual yang dilakukan sebelum ini memang agak memalukan, namun masih boleh dimaafkan.
“Yang tikar terbang tikar terbang lah,
tapi jangan kita kata syirik. Kalau benda tu maknanya nakal, memang
nakal. Makna bodoh pun boleh tapi jangan tuduh syirik sebab syirik ni
dosa yang sangat besar, faham? Biar kita ada ilmu nak kata syirik, takut
balik ke kita semula.
“Jangan gaduh, dengar dia ada puja tak?
dia ada sebut nama jembalang tak? ada bangkitan nama yang
mengarut-ngarut tak? kalu macam tu, (tidak) syirik, faham? Orang
sekarang dia terus kata syirik, dah dia baca apa? kalau dia baca ayat
al-Quran, boleh tak? boleh!” bidas beliau lagi.sumber
Lihat Video Di Sini
0 Komentar untuk "Video Pandangan Ustaz Azhar Idrus Berkenaan Dengan Perbuatan "Raja Bomoh""