>>>>>

Video MH370 Di Percayai Virus MALWARE Meyerang Laman Sosial


Pasukan Respons Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) hari ini menasihatkan pengguna internet di negara ini supaya tidak mempercayai dan menyebarkan sebarang mesej penipuan yang berkaitan dengan kehilangan MH 370 yang mengandungi lampiran (attachment). Pengguna internet mesti mengabaikan dan mesej tersebut.
Pengguna juga dinasihatkan supaya tidak klik atau membuka apa-apa gambar atau video yang kononnya berkaitan dengan MH370 kerana dikhuatiri akan mengubah haluan pencarian ke laman web ‘berbahaya’.
MyCERT juga menasihati pengguna untuk memuat turun sistem keselamatan terkini bagi melindungi komputer daripada virus.
Pengguna boleh menghantar (forward) e-mel,video, lampiran (attachment) atau URL yang mencurigakan kepada MyCERT untuk analisis selanjutnya.
Jika anda telah berkongsi video palsu yang dikatakan merupakan perampas MH370 di Facebook, adalah dinasihatkan supaya anda bertindak segera dengan memadam kongsian itu laman Facebook anda atau tekan butang “Unlike”.
Disyorkan juga bahawa pengguna Facebook untuk memadamkan aplikasi baru yang berkaitan dengan pesawat MH370 yang hilang.
Pengguna turut dinasihatkan untuk memadam sebarang informasi palsu yang dikongsi di akaun Facebook.
Pastikan anda log masuk ke akaun Facebook anda dan pergi ke halaman tetapan aplikasi Facebook anda.
Halaman ini akan menyenaraikan semua aplikasi yang telah diberi akses kepada akaun Facebook pengguna lain, pergi ke bawah dan klik ” X” di sebelah kanan aplikasi dalam senarai untuk memadamkannya.
Beberapa aplikasi penipuan palsu menggunakan nama-nama seperti “CNN”, “Plane “,”MH370″ atau “YouTube” untuk menipu pengguna. Credit Mynewshub
0 Komentar untuk "Video MH370 Di Percayai Virus MALWARE Meyerang Laman Sosial "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info