>>>>>

Soalan ‘Panas’ Wartawan Perancis Kepada Hishammuddin Tun Hussein (Video)

Soalan tersebut juga menimbulkan gelak ketawa dalam kalangan wartawan lain pada sidang media 18 Mac 2014 (5.30 petang). Antara soalan yang diajukan oleh wartawan dari Perancis itu tiada kena mengena dengan isu kehilangan MH370 namun dijawab dengan baik oleh pemangku menteri pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Untuk info, Carrie Nooten merupakan jurnalis dari sebuah akhbar France24.com.
l


Soalan Panas Carrie Nooten Kepada Hishammuddin Tun Hussein

1. Saya ada satu soalan yang ringkas. Adakah anda merupakan sepupu kepada Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak?

2. Selain itu, adakah anda dilindungi oleh beliau (Dato Seri Najib Tun Razak) ?
Jawapan Hishammuddin Tun Hussein Kepada Carrie Nooten

Saya rasa saya patut serahkan soalan kamu itu kepada Pakar dari Perancis untuk menjawab soalan kamu. Ya, saya akui bahawa saya Dato Seri Najib Tun Razak merupakan sepupu saya namun saya bukanlah dibawah perlindungan beliau.

Video Sidang Media MH370 18 Mac 2014





 Sumber

Laporan dari Sinar Harian:

SEPANG – Kredibiliti Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mula dipermainkan media barat apabila mendakwa beliau di bawah ‘perlindungan’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam sidang media di Sama-sama Hotel pada petang tadi, seorang wartawan dari CNN mula mendakwa beliau tidak memberikan kerjasama yang baik dengan media dan juga lambat menyalurkan maklumat kepada semua pihak.

Wartawan tersebut juga mula mempertikaikan hubungan kekeluargaan beliau dengan Najib.
Hishammuddin bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbabit.

“Ya, saya memang sepupu Perdana Menteri namun saya bukan berada di bawah perlindungan beliau.
“Pihak kami bekerjasama dengan 26 buah negara yang berbeza, banyak maklumat yang diterima dan perlu disahkan terlebih dahulu sebelum dibentangkan kepada media, tentunya ia memakan masa,” katanya.
Beliau turut menegaskan, beliau tidak mahu dikaitkan dengan sebarang dakwaan berhubung pencarian MH370.

0 Komentar untuk "Soalan ‘Panas’ Wartawan Perancis Kepada Hishammuddin Tun Hussein (Video) "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info