Pilot AirAsia hina kerajaan digantung kerja tanpa notis - Seorang juruterbang kanan AirAsia dikenali Krish Jejendira digantung kerja serta-merta kerana didakwa mengkritik pengumuman kerajaan berhubung pesawat MH370 terhempas di Lautan Hindi menerusi laman Facebook miliknya.
Menurut ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony
Fernandes, tindakan itu diambil bagi membolehkan siasatan lanjut ke atas
juruterbang berkenaan dapat dilakukan.
“Pegawai kanan AirAsia X telah
digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi
syarikat dalam tulisan Facebook.”

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Rani Osman
melalui akaun Twitternya memberitahu, juruterbang itu digantung kerja
kerana didapati melanggar arahan khusus iaitu tidak mengulas mengenai pencarian MH370 secara terbuka.
Tambah Azran, arahan tersebut juga bertujuan untuk mengelakkan
kakitangan AirAsia membuat kenyataan yang boleh mengguris perasaan ahli
keluarga mangsa.sumber
0 Komentar untuk " Pilot AirAsia Hina Tragedi MH370 Digantung Kerja Tanpa Notis"