>>>>>

MH370 : Wakil Keluarga Mangsa Hubungi Firma Guaman Di Chicago Untuk Saman Boeing Dan MAS


Lebih ramai keluarga penumpang MH370 menghubungi firma guaman yang ber-
pangkalan di Chicago untuk membantu mereka memfailkan saman terhadap pem-buat pesawat itu, Boeing dan Malaysia Airlines (MAS) kerana yakin tragedi ber-laku kerana kegagalan mekanikal.

Keluarga dari China, Malaysia dan Indonesia adalah yang terakhir menghubungi 
Ribbeck Law Chartered, iaitu pakar undangundang penerbangan, selepas firma 
itu memfailkan petisyen penemuan dalam Mahkamah Negeri Circuit of Cook, 
Illinois, bagi pihak Dr Januari Siregar yang hilang anak berusia 25 tahun apabila 
pesawat MH370 terhempas.Dr Januari yang juga seorang peguam, menghubungi 
Ribbeck kerana dia bekerja dengan mereka semasa pesawat Garuda Indonesia 
terhempas lima tahun lalu.

Petisyen itu bertujuan untuk mendapatkan rekabentuk dan pembuatan bermasa-
lah yang mungkin menyebabkan tragedi melibatkan 239 penumpang dan anak 
kapal di atas pesawat itu.

Seramai 239 penumpang di atas pesawat itu termasuk 153 warganegara China 
dan 12 anak kapal yang semuanya rakyat Malaysia. Pemfailan ini, kata Ketua 
Litigasi Penerbangan Global Ribbeck, Monica Kelly, adalah tindakan pralitigasi 
untuk men-genalpasti pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi itu.

Boeing dinamakan sebagai defendan pertama manakala MAS, sebagai syarikat 
penerbangan dinamakan sebagai defendan kedua.“Kami yakin kedua-dua defen-
dan bertanggungjawab ke atas tragedi pesawat MH370,” kata Kelly.

Beliau mendedahkan, pihak yang terlibat mempunyai masa 30 hari untuk menja-
wab petisyen ini, di mana selepas ini firma itu akan memfailkan saman bernilai 
jutaan ringgit bagi pihak keluarga terhadap mereka yang bertanggungjawab.

“Kami jangka akan mewakili lebih 50% daripada keluarga penumpang yang ber-
ada di atas pesawat itu,” tambahnya.“Keluarga nampanya menerima hakikat ba-
hawa pesawat itu terhempas dan mereka sedia menerima punca sebenar men-
gapaia berlaku dan tindakan ini akan memberikan mereka maklumat.

“Kami akan buktikan kegagalan mekanikal dalam rekabentuk pesawat adalah 
punca kapal terbang ini terhempas,” katanya.MH370, pesawat Boeing 777-200
ER, hilang daripada radar pada 8 Mac selepas terbang dari Lapangan Terbang 
Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing.

Selepas 17 hari pencarian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumum
kan berdasarkan bukti baru, pesawat MH370 itu berakhir di selatan Lautan Hindi, 
tenggara Perth, Australia, tanpa ada yang terselamat.

Bagaimanapun, tiada sebarang cebisan ditemui sehingga kini walaupun beberapa satelit berjaya merakam objek di kawasan dinyatakan.Mynewshub


0 Komentar untuk "MH370 : Wakil Keluarga Mangsa Hubungi Firma Guaman Di Chicago Untuk Saman Boeing Dan MAS"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info