>>>>>

MH370 : Satelit Thailand Kesan 300 Objek


BANGKOK: Imej satelit Thailand menunjukkan 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi ketika misi mencari pesawat MH370, kata pegawai hari ini.

Agensi Maklumat Geo dan Pembangunan Teknologi Angkasa Thailand, berkata objek berukuran dari dua hingga 15 meter dilihat bertaburan di kawasan kira-kira 2,700 kilometer barat daya Perth. "Tetapi kami tidak boleh dan tidak akan mengesahkan bahawa ia adalah serpihan pesawat berkenaan," kata Pengarah Eksekutif agensi itu, Anond Snidvongs.

Katanya, maklumat itu sudah dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia.

Imej itu diambil menggunakan satelit pemantau bumi tunggal milik Thailand pada Isnin lalu tetapi memerlukan beberapa hari untuk diproses.

Katanya, objek itu dikesan kira-kira 200 kilometer dari kawasan imej satelit Perancis yang menunjukkan objek berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat itu ketika misi SAR baru-baru ini. - AFP
1 Komentar untuk "MH370 : Satelit Thailand Kesan 300 Objek"

tiba2 semua satelit berfungsi ngan baik agak2 arahan sapa yek?...

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info