>>>>>

"Ayah Saya Masih Hidup" Anak Lelaki Kapten Zaharie

Ada yang boleh menerima kenyataan dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perjalanan MH370 yang sepatutnya tiba di Beijing berakhir di selatan Lautan Hindi. Ada juga yang tidak boleh menerima kenyataan berkenaan dan masih berharap agar penumpang serta krew MH370 dijumpai dengan selamat. Antara mereka adalah anak bongsu juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Menerusi laporan myMetro hari ini, Ahmad Seth Zahari, 26, berkata dia tidak terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri baru-baru ini memandangkan pesawat berkenaan sudah lebih dua minggu dilaporkan hilang. Bagaimanapun nalurinya masih kuat menyatakan bahawa ayahnya masih hidup.



“Selagi tidak tengok dengan mata saya sendiri serpihan atau bukti pesawat berkenaan terhempas, saya percaya ayah masih hidup.”
“Saya tenang dan tidak terkejut. Itu yang boleh saya katakan sebaik mendapat berita perjalanan MH370 yang dikendalikan ayah berakhir di selatan Lautan Hindi.
“Ini mungkin kerana naluri saya kuat mengatakan ayah masih hidup. Walaupun saya tahu peluang itu (masih hidup) tipis tetapi selagi tiada bukti menunjukkan perkara itu, saya rasakan yang ayah masih ada,” katanya dipetik laporan berkenaan.

Walaupun bersikap tenang, namun riak wajah pelajar sebuah kolej bahasa asing itu gagal menyembunyikan seribu kesedihan kerana selepas 18 hari, misteri kehilangan pesawat dikendalikan bapanya belum menemui sebarang jawapan yang pasti.
0 Komentar untuk ""Ayah Saya Masih Hidup" Anak Lelaki Kapten Zaharie"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info