>>>>>

Kucing Pelik Menjadi Terkenal Kerana Wajahnya Yang Sentiasa Muram


Seekor kucing yang wajahnya seolah bermasam muka dan menjadi sensasi internet mendapatkan peranan dalam filem Hollywood.

Filem itu akan dibuat oleh Broken Road Productions, syarikat yang antara lain menghasilkan filem Adam Sandler Jack and Jill tahun 2007.

Foto yang menunjukkan Grumpy Cat atau kucing bermasam muka ini pertama diterbitkan adik pemiliknya, Tabatha Bundesen, tahun lalu di jejaring sosial Reddit.

Foto kucing yang bernama asli tarder Sauce ini langsung merebak di seluruh dunia.

Kucing ini pernah tampil di pelbagai acara termasuk Good Morning America dan CNN talk show Anderson Live.


Dan tidak hanya itu, tarder, juga mempunyai agen, Ben Lashes, yang mengurus peranannya di Hollywood.

Lashes akan mengurus hak foto tarder dan urusan pemasaran lain agar ia semakin terkenal.

Grumpy Cat akan bergabung dengan nama besar binatang lain seperti Uggie, anjing yang tampil dalam filem yang memenangi Oscar, The Artists, serta Buddy, anjing di filem Air Bud.

Broken Road Productions berharap kucing kesayangan dari Arizona, Amerika Syarikat ini, boleh menjadi lebih terkenal dari Garfield selepas videonya di YouTube dilihat lebih dari 10 juta orang.
0 Komentar untuk "Kucing Pelik Menjadi Terkenal Kerana Wajahnya Yang Sentiasa Muram"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info