Kaum wanita kebanyakan menyukai kenderaan yang mudah dipandu. Namun nenek tua yang satu ini benar-benar mencabar arus dan tidak biasa, sebab dia suka berbelanja dengan supercar Nissan GT-R.
Kalau kebanyakan para pemilik Nissan GT-R hanya menggunakan kereta kencang ini di hujung minggu atau untuk perlumbaan (baik liar maupun rasmi), maka nenek ini sering memandu untuk berbelanja keperluan sehari-hari.
Walaupun tidak digunakan untuk mengebut, menggunakan sebuah Nissan GT-R oleh seorang nenek tentu menarik banyak perhatian.
Nissan GT-R bukanlah sebuah kereta sembarangan. Pada GT-R terbaru dilengkapi enjin 3.8L VR38DETT TwinTurbo V6 yang sudah ada peningkatan di sisi tenaga.
GT-R 2014 mampu mengeluarkan tenaga hingga 550 hp, lebih besar 5 hp dari generasi sebelumnya. Tork maksimumnya juga mengalami peningkatan hingga mencapai 632 Nm, lebih besar 5 Nm dari generasi sebelumnya.
Dengan mesin tersebut, GT-R mampu melesat dari diam sampai 100 km / jam dalam waktu hanya 2.7 saat sahaja atau setara dengan sebuah Lamborghini Aventador. Padahal kebanyakan supercar masih sedikit yang boleh memecut di bawah angka 3 saat. Angka tadi juga 0.1 saat lebih baik berbanding GT-R versi sebelumnya.
0 Komentar untuk "Hebat..!!.Nenek Tua ini Memandu Kereta Nissan GT-R Untuk Pergi ke Supermarket"