Janggut lebih sinonim dengan lelaki malah ia merupakan salah satu sunnah Rasulullah SAW. Namun ada satu perkara yang pelik tentang wanita ini. Beliau berpendapat, dirinya berasa seksi dengan mempunyai janggut di dagu.
Seorang ibu yang berasal dari Jerman mula ditumbuhi janggut selepas
kelahiran anaknya 28 tahun lalu. Selama ini dia selalu mencabut rambut
di dagu itu namun kini mula malas dan membiarkannya tumbuh.
Perempuan bernama Mariam itu terkadang memakai penutup di dagunya. Dalam
sebuah tayangan televisyen dia mengatakan sudah mulai enggan mencabut
janggut itu mahupun menutupinya. “Setelah dicabut kulit saya nampak
kemerahan. Sudah banyak orang bertanya dan mereka tidak percaya akan
semua itu,” ujarnya.
Keluarga Mariam kerap mengkritik agar dia selalu mencabut bulu di
dagunya itu. Pada 2008 dia pernah memanjangkan janggutnya sekadar
mengetahui bagaimana rupanya bila rambut itu tumbuh subur di dagunya.
Akhirnya selepas satu dekad hidup tanpa pasangan lantaran malu mempunyai
janggut Mariam memutuskan memelihara rambut itu dan merasa seksi
kerananya. Mariam mengikuti dalam rombongan sarkas dan persembahannya
pertunjukannya sendiri. Doktor tempatan mengatakan kemungkinan gen ini
boleh diwarisi anak perempuan Mariam kelak
0 Komentar untuk "Wanita Yang Mempunyai Janggut Seperti Lelaki Dari Jerman"