Malang tidak berbau buat seorang lelaki
yang mahu hidup sebagai seorang wanita selepas pakar bedah plastik palsu
telah menggunakan simen konkrit untuk pembedahan implan di bahagian
muka dan punggungnya.
Mangsa, Rajee Narinesingh berusia 46 itu terpaksa bersembunyi dan tidak
mahu berdepan dengan orang ramai kerana keadaan fizikalnya yang
memalukan itu. Pakar bedah palsu yang menipu Rajee kini menjalani
hukuman penjara selama setahun kerana menjalankan perniagaan tanpa
lesen.
Dalam pada itu, Narinesingh masih berdepan dengan trauma akibat penipuan
pakar bedah palsu itu. Dia membayar sebanyak $3,000 kepada Morris
selama 10 bulan pada 2005, namun malangnya doktor palsu itu menyuntik
simen konkrit ke pipi, bibir, payudara dan punggung, hinggakan wajahnya
umpama makhluk asing.
Menurut Narinesingh selepas mendapatkan suntikan, mukannya mula hancur,
sebelah muka berasa seperti mendidih dan ia membengkak serta amat sakit
sebelum gelembung yang muncul di pipi pecah, mengeluarkan cecair
berwarna hijau dan kuning yang bercampur dengan darah. Kini, nasibnya
baik dengan bantuan pakar bedah kosmetik, Dr. John Martin, Narinsingh
melalui proses pemulihan dengan menggunakan terapi laser dan dapat
mengecutkan ketulan di pipinya. Malah, menurutnya lagi, apabila wajahnya
pulih, dia mahu keluar dating, dia mahu mulakan hubungan lagi.
Sumber:mirror.co.uk
Sumber:mirror.co.uk
Sumber:mirror.co.uk
0 Komentar untuk "LELAKI HIDUP MERANA KERANA INGIN JADI WANITA, DITIPU PAKAR BEDAH PLASTIK "