Seorang demi seorang selebriti tempatan
berhijrah untuk berhijab, seperti pelakon Rebecca Nur Al Islam yang juga
menemui hidayah untuk menutup aurat, dia kini dilihat sudah mengenakan
hijab malah penampilannya makin ayu begini. Menurut Rebecca keputusan
tersebut dilakukannya selepas menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah
baru-baru ini. Malah, pelakon tersebut mengambil keputusan untuk
menjual semua pakaian seksinya.
“Sejujurnya, saya tiada koleksi
baju-baju yang menutup aurat. Almari pakaian saya dipenuhi dengan
pakaian seksi. Jadi, setelah fikir masak-masak, saya membuat keputusan
untuk menjual kesemua koleksi itu kepada orang ramai dan turut
menguar-uarkannya menerusi laman sosial. Sesiapa yang mahukan baju saya mahupun peminat, bolehlah berurusan dengan pembantu peribadi saya.
“Untuk pakaian yang bernilai
RM700 ke bawah, saya hanya beri percuma sahaja kerana niat saya juga
adalah untuk bersedekah. Namun, bagi koleksi yang mencecah ribuan
ringgit serta direka khas pereka terkenal, saya akan jual dengan
potongan harga sehingga 70 peratus,” jelasnya lagi. - Sinar Harian
0 Komentar untuk "Rebecca Nur Al Islam Sudah Bertudung, Mahu Jual Semua Pakaian Seksi"