Disebabkan semuanya melakukan
pembedahan, susah untuk cari artis Korea yang sememangnya cantik
semulajadi, kiranya yang tersenarai ini sudah cantik sejak muda lagi,
mereka ini tidak melakukan sebarang pembedahan plastik seperti mata,
dagu, bentuk muka, hidung dan pelbagai lagi. Ramai artis Korea yang
menjalani pembedahan plastik untuk tampil cantik. Sebenarnya bukan artis
Korea sahaja yang buat pembedahan plastik ni tapi masyarakat Korea yang
tidak bersangkutan dengan Tv turut melakukan pembedahan plastik.
Yoona merupakan salah seorang ahli
kumpulan Girls Generation. Yoona disukai kerana dia mengekalkan
kecantikan semula jadi tanpa sebarang pembedahan plastik. Malah, Yoona
tersenarai di antara 100 wanita tercantik di dunia tahun 2013 oleh
Independent Critics. Yoona turut menjadi wanita tercantik di Asia oleh
majalah di China.
KIM TAE HEE
Semua wanita, remaja di Korea mahukan
wajah seperti pelakon Kim Tae Hee, mata yang besar, bibir tebal dan
mempunyai kelopak mata. Sentiasa tersenarai dalam wanita tercantik di
Korea. Kim Tae Hee juga baru-baru ini mendedahkan hubungan cinta dengan
penyanyi Rain.
Semakin digemari kerana lakonan
cemerlang dalam drama hebat, The Inheritors. Dalam satu temu bual, Park Shin Hye menjelaskan dia langsung tidak melakukan pembedahan plastik,
padanya pembedahan plastik hanya menyakitkan sahaja.
Sandara Park berjaya mengekalkan
kecantikan asli dan disebabkan itu dia banyak terpilih menjadi CF untuk
iklan produk kecantikan di Korea.
Duta kepada produk kecantikan Laneige, Song Hye Kyo merupakan satu-satunya artis Korea yang tersenarai dalam
100 wanita tercantik di dunia setiap tahun. Dia terpilih bukan sahaja
kerana kecantikan semulajadi tetapi juga latar pendidikan yang
dimilikinya.
Semua orang sukakan kehebatannya dalam Running Man. Gambar Song Ji Hyo ketika remaja ini pernah disiarkan dalam Running Man.
Pelakon ini berlakon sejak kecil lagi.
Lihat sahaja lakonan Moon Geun Young dalam drama Autumn in My Heart,
sungguh cemerlang. Wajahnya ketika zaman remaja sehingga sekarang tidak
jauh beza bukan. Mungkin disebabkan itulah, Kim Bum tertarik dengannya.
JANG NA RA
Pelakon ini digelar ‘Babyface’ Korea
kerana dia langsung tidak berubah dari dulu sehingga sekarang. Selamanya
muda. Dah umur tiga puluh pun masih comel macam ni. Jang Na Ra cukup
terkenal di China.
HAN GA IN
Merupakan peminat fanatik G Dragon
memiliki kulit yang sangat cantik. Juga tersenarai antara wanita Korea
tercantik. Mempunyai paras rupa yang kecil menjadikan dia sentiasa awet
muda.
0 Komentar untuk "10 Artis Wanita Korea Yang Semulajadi Cantik Tanpa Pembedahan Plastik"