gambar hiasan |
Nukilan..Seorang Insan Yang Menyesal
“SAYA
mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah
lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah
sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu.
Saya
dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan
rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian,
tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan
dengan sempurna.
Suami
memahami tanggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah
tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira
melihat hubungan dalamkeluarga saya.
Walaupun
sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan
anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan
sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya.
Memang
dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi.
Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.
Hari
itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak
urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa
pelanggan yang perlu dibereskan.
Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Magrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang itu.
Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Magrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang itu.
Saya
begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu
jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami
sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak
memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati
bersetuju.
Selepas
menunaikan solat Magrib, kami keluar ke sebuah restoren kira-kira lima
kilometer dari rumah. Di restoren, kami sekeluarga berbual panjang,
bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam
yang dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak
kami yang berusia tujuh hingga 12 tahun.
Saya
dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan dan ketawa
memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana
mampu membahagiakan suami tersayang. Saya melihat jam tangan.
“Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang,” kata saya.
Suami
tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan
minuman. Kami tiba di rumah jan 12.50 tengah malam. Anak-anak yang
keletihan terus masuk tidur.
Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoren. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum.
Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.
Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoren. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum.
Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.
Bagaimanapun,
saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah terlalu
berat untuk melepaskan. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang
berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia
juga keletihan.
Dia
menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu
permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan
perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus
melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan
tangan yang merangkul saya.
Esoknya,
perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak
kena.Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat
panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan
suami saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke
hospital.
Hati
saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi
segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya
tidak sempat betemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi
perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya
kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.
Hakikatnya
itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri. dan yang lebih saya
takuti jika suami tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya
tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.
Teringat
Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, ‘Demi Allah
yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri
tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka
malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan
suaminya’.
Sehingga
kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir ke
pipi. saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan
kesalahan saya.”
0 Komentar untuk "Kerana Nafsu, Isteri Menyesal Sepanjang Hayat Suami Pergi Tanpa Kata"