Chow Yun-fat menyimpan hasrat ingin
menderma seluruh hartanya bernilai HKD1 billion (RM425.2 juta) untuk
tujuan kebajikan apabila dia meninggal dunia. Pengumuman
itu dilihat akan meningkatkan nama baiknya yang sememangnya terkenal
dengan sifat rendah diri dan pemurah. Chow Yun-fat dilihat mempunyai
pandangan berbeza terhadap duit hasil titik peluhnya selama ini.
“Saya
merasakan duit itu bukanlah milik saya. Saya hanya bertanggungjawab
menjaganya sementara waktu! Kerana itu saya akan mendermakan semuanya
kepada badan kebajikan yang lebih memerlukan,” kata Chow.
Kini apabila mencecah usia 58 tahun dan
tiada anak untuk dijaga, Chow mahu mendermakan kesemua harta simpanannya
kepada masyarakat. Bintang yang terkenal di peringkat antarabangsa itu
menyifatkan dirinya sama seperti orang biasa dan dia mendapat pujian
ramai kerana sering menggunakan pengangkutan awam, tidak memakai pakaian
mahal dan menggunakan telefon bimbit yang “ketinggalan zaman” walaupun
dia kaya dan dikenali ramai. - via
0 Komentar untuk "Bintang Filem Aksi, Chow Yun-fat Ingin Derma Semua Harta"