5 Hackers Wanita Yang Paling Cun Di Dunia
| Biasanya dunia hackers didominasi oleh golongan lelaki. Tapi, siapa
sangka wanita pun rupa-rupanya terlibat dalam dunia bawah tanah ini
juga. Kemampuan mereka juga tidak kalah dengan kehebatan hacker lelaki.
Berikut adalah senarai Top 5 Hacker Wanita Paling Cantik di dunia.
1. Xiao Tian
Xiao Tian adalah seorang hacker yang sangat bergaya dan moden.
Penampilan dan gaya hidupnya begitu rapi, dinamis malah feminin. Dia
juga tertarik dengan dunia fesyen, khususnya kasut tumit tinggi wanita.
Dalam blognya dia sering berkongsi cerita tentang lokasi-lokasi yang dia
pernah kunjungi.
Itulah sebabnya Xiao mempunyai ramai
peminat dan pengikut di seluruh dunia, khususnya lelaki. Xiao Tian, mula
dikenali sejak berumur 19 tahun. Setelah membentuk China Girl Security Team, salah satu kumpulan hacker wanita terbesar di China. Penangannya
dalam dunia hacking memang tidak diragui lagi.
Syarikat engine carian nombor satu
dunia, Google pun pernah merasakan serangan hebat Xiao Tian dan
kumpulannya. Xiao Tian melakukan serangan canggih terhadap sistem
infrastruktur google di China. Malah, google akhirnya tidak lagi mampu
bertahan dan memilih untuk menarik semua operasinya di China akibat
serangan hacker yang bertubi-tubi.
2. Joanna Rutkowska
Joanna Rutkowska adalah seorang gadis Poland yang tertarik dengan dunia hacking. Namanya pertama kali dikenali setelah konferens Black Hat Briefings di Las Vegas, Ogos 2006. Ketika itu, Rutkowska mempersembahkan bagaimana proses serangan yang telah dia lakukan terhadap sistem windows vista.
Bukan setakat itu, Rutkowska juga pernah
menyerang Trusted Execution Technology dan System Management Mode milik
Intel. Pada awal tahun 2007, dia membentuk Invisible Things Lab di
Warsaw, Poland. Sebuah syarikat yang memberi fokus terhadap sistem
keselamatan OS juga VMM serta khidmat perunding keselamatan internet.
Pada tahun 2010, Rutkowska bersama Rafal
Wojtczuk membentuk Qubes, sebuah Operating System yang sangat kukuh
sistem keselamatannya. Rutkowska juga pernah memberikan saranan terbuka
terhadap Presiden Microsoft Security Technology Unit untuk
memperketatkan lagi sistem keselamatan dalam windows vista.
3. Ying Cracker
Ying Cracker, adalah seorang guru yang berasal dari Shanghai, China. Dia mengajar tentang panduan asas proses hacking, cara mengubah IP address atau memanipulasi password pejabat! Dia juga pakar di dalam bidang membuat software khusus untuk hacker.
Dalam sebuah forum yang berjudul Chinese Hottie Hackers, namanya banyak disebut dan itu membuatkan popularitinya
semakin melonjak. Dalam forum tersebut juga dia mempunyai ramai peminat
yang membuatkan popularitinya semakin terkenal.
4. Raven Adler
Seorang wanita berpenampilan gothic yang
tertarik dengan dunia internet, khususnya dunia hacking. Raven adalah
wanita pertama yang pernah hadir di dalam perhimpunan hacker DefCon.
Perhatian sudah tentu tertuju kepadanya.
Namun begitu, dia mengaku tidak ingin memanfaatkan gendernya sebagai
wanita untuk membina reputasi sebagai hacker. Malah, dia tidak mahu
dipanggil dengan sebutan ‘Hacker Wanita’.
Dia lebih suka dipandang kerana
kemahirannya, bukan kerana statusnya sebagai seorang hacker wanita.
Ketika ini, dia aktif mereka-bentuk, menguji dan mengaudit sistem
keselamatan syarikat besar. Selain itu, dia juga aktif mendalami ilmu
beladiri Ryu Shorin Matsumura.
5. Kristina Svechinskaya
Kristina Svechinskaya adalah seorang mahasiswi Universiti New York yang ditangkap pada 2 November 2010 yang lalu kerana telah mencuri jutaan dollar dari beberapa bank di England dan Amerika Syarikat. Bersama 9 orang yang lain, Svechinskaya menghack ribuan akaun pelanggan bank dan jumlah wang yang telah dicurinya ialah sekitar 3 juta dollar.
Pada mulanya, Svechinskaya bersama
sekumpulan hackers mensasarkan 220 juta dollar. Svechinskaya menggunakan
Zeus Trojan Horse untuk menyerang ribuan akaun bank. Dia memiliki
sekurang-kurangnya 5 akaun bank di seluruh dunia untuk mencairkan
dananya.
Dalam tindakannya itu, Svechinskaya juga
melakukan pemalsuan pasport dan untuk kesalahan itu, dia telah dihukum
penjara selama 40 tahun setelah dibuktikan bersalah. Seperti yang boleh
dilihat di dalam gambar, baju dalamyang digunakan gadis cantik ini
dibuat daripada berlian.
Svechinskaya juga mendapat julukan
sebagai hacker terseksi di dunia. Kerana penampilan wajah, tatapan mata
dan gaya berpakaian Svechinskaya mampu membuatkan mata memandang tidak
mampu berkelip.
P/S: cun seyhhhh~
1 Komentar untuk "Inilah 5 Hackers Wanita Yang Paling Cun Di Dunia "
dapatkan model tato dan berbgai macam tato di sini