MANCHESTER, - Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson, akan bersara akhir musim ini. Demikian pengumuman yang dikeluarkan kelab, Rabu (8/5/2013), melalui laman web rasmi kelab.
Pelatih yang paling berjaya dalam bola sepak Inggeris ini akan mengundurkan diri selepas perlawanan melawan West Bromwich Albion, 19 Mei.
Mengumumkan dirinya bersara, Ferguson berkata:
"Keputusan untuk bersara ini adalah hal yang sudah saya fikirkan secara matang dan tidak mudah. Ini masa yang tepat.
"Penting bagiku untuk meninggalkan sebuah organisasi dalam keadaan yang sangat kuat dan saya yakin saya telah melakukan demikian. Kualiti skuad pemenang liga ini, dan keseimbangan usia di dalamnya, menjadi tanda berjaya berterusan di level tertinggi, sedangkan struktur pemain muda meyakinkan bahawa masa depan kelab masih panjang.
"Kemudahan latihan kami termasuk yang terbaik di dunia sukan Globat dan markas kami, Old Trafford, adalah salah satu yang terhebat di dunia.
"Ke depan, saya senang mengambil peranan, sebagai Pengarah dan Duta untuk kelab. Dengan kegiatan ini, bersama-sama dengan banyak kepentingan yang lain, saya menatap masa depan.
"Saya harus berterima kasih kepada keluargaku, cinta dan sokongan mereka sangat penting. Isteri saya Cathy telah menjadi tokoh kunci sepanjang karierku.
0 Komentar untuk "Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson Sah Umum Persaraan Hujung Musim Ini"