>>>>>

Luis Suarez Jadi Penyelamat Livepool Dari Kekalahan Keatas Chelsea



LIVERPOOL - Chelsea gagal membawa pulang mata penuh apabila hanya seri 2-2 melawan Liverpool di Stadium Anfield, Liverpool, Minggu (21/4/2013). Chelsea sempat mendahuli 2-1 sebelum Luis Suarez menyamakan skor pada minit ke-7 injury time babak kedua.

Hasil ini membuat The Blues tak boleh memintas Arsenal di tangga ketiga. Chelsea kini mempunyai 62 mata, sementara Arsenal mengumpulkan 63 mata dengan satu perlawanan lebih banyak berbanding Chelsea.


Jom Dapatkan Iron Man Sim Card + 3G data Dengan hanya RM58 Sebulan..Lihat Di Sini
 
Penyokong setia Livepool terdiam apabila Chelsea berjaya menjaringkan gol pendahuluan. Berawal dari bola sudut, Juan Mata melaksanakan bola tersebut. Umpan sepak sudut Mata disambut tandukan keras Oscar yang merobek jaring Liverpool. Chelsea unggul 1-0.

Tiga minit kemudian, Chelsea memperoleh kesempatan menggandakan kedudukan. Kali ini, tendangan bebas David Luiz membuat Reina kesulitan menghentikannya. Namun, nasib masih menyebelahi Reina yang akhirnya berjaya menjinakkan bola.

Pada minit ke-41, Suarez mengancam gawang Chelsea yang dikawal Petr Cech. Dari sudut sempit, penyerang asal Uruguay itu menembak bola sekeras mungkin. Namun, gerah refleks Cech menggagalkan usaha Suarez. Babak pertama berakhr 1-0 untuk Chelsea.


Setelah rehat, Liverpool langsung membalas. Pada minit ke-52, pemain gantian, Daniel Sturridge mampu mencetak gol ke gawang Chelsea. Sturridge berjaya meneruskan umpan dari Suarez sebelum menjaringkan bola.

Akan tetapi, malang bagi Suarez. Tiga minit berselang, Suarez justru menyentuh bola dengan tangannya di dalam kotak penalti. Akibatnya, pengadil Kevin Friend sepakan penalti untuk Chelsea yang berjaya dilaksanakan Hazard.

Kesempatan Liverpool menyamakan skor hadir lima minit menjelang tamat. Kerja sama bergaya Sturridge dengan Jordan Henderson yang kemudian melepaskan umpan kepada Jonjo Shelvey, nyaris mencipta gol kedua. Namun, sepakan mendatar Shelvey hanya menyamping dari gawang Cech.

Pada akhirnya, Suarez menjadi juru selamat Liverpool. Pada minit ke-90 +7, umpan silang Sturridge berjaya disambar tandukan Suarez yang memperdaya Cech. Pertandingan pun berakhir 2-2.
1 Komentar untuk "Luis Suarez Jadi Penyelamat Livepool Dari Kekalahan Keatas Chelsea"

suarez udah bosen main bola jadi main gigi buat menang taruhan bola jg ya...

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info