Seorang lelaki Perancis, Philippe Croizon, tanpa tangan dan kaki berjaya berenang dari Papua New Guinea ke Papua hari Khamis, 17 Mei sebagai sebahagian daripada misinya untuk berenang ke lima benua.
Philippe Croizon, 43, berenang di tengah gelombang besar dan angin kencang. Dia berenang dari Desa Wutung, Papua New Guinea ke Pasar skow, Provinsi Papua, Indonesia. "Ini sangat-sangat sukar," kata Croizon seperti dilaporkan agensi berita AFP.
Dia menambah waktu tempuh melebihi sasaran yang ditetapkan kerana dia berenang melawan arus. Waktu yang diperlukan Croizon untuk mengharungi laut sepanjang 20 km mencapai 7 jam 30 minit.
Croizon menggunakan kaki palsu dan ditampal dengan flipper atau alat bantu renang berbentuk dayung. Puluhan warga Pasar skow berkumpul di pantai untuk menyambut ketibaan Philippe Croizon.
Lelaki yang kehilangan kaki dan tangan dalam kemalangan pada 1994 itu menyatakan beruntung tidak bertemu dengan ikan yu atau ubur-ubur. Melalui Twitter, dia menceritakan bahawa dia ditemani seorang lelaki Papua New Guinea, Zet Tampa, yang berenang bersamanya guna menunjukkan solidariti.
Berenang dari Papua New Guinea ke Papua merupakan sebahagian daripada usaha Philippe Croizon untuk berenang ke lima benua. Sebelumnya rencana Croizon berenang ke Papua sempat tertunda kerana menunggu izin masuk ke wilayah Malaysia dan izin baru diterima hari Rabu.
Dia selanjutnya merancang berenang dari Teluk Aqaba, Jordan ke pesisir pantai Mesir pada Jun, selat antara Gibraltar dan Maghribi pada Julai dan Selat Bering yang terletak di antara Alaska dan Rusia pada Ogos.

0 Komentar untuk "Philippe Croizon, Berenang Ke Papua Tanpa Tangan Dan Kaki"